Monday 12 September 2011

Krew kapal tangki terkandas diTawau - Mengenang kembali memori setahun perpisahan yang menyeksakan.


tTTAWAU, 1 Jun (Bernama) -- Lima belas krew kapal tangki Nepline Dangar yang terkandas di perairan Pelabuhan Tawau sejak 10 bulan lalu kerana kehabisan wang dan bekalan makanan kini boleh bernafas lega kerana masalah itu akan selesai tidak lama lagi.

Berita gembira berkenaan disampaikan kepada 15 krew kapal berkenaan yang berdaftar di Pelabuhan Klang oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri yang melawat kapal berkenaan di sini hari ini.
"Masalah (anak-anak kapal) ini sudah hampir sampai ke penghujungnya kerana kelmarin pihak bank yang menjadi pengganti kepada pemilik kapal ini telah mengambil keputusan untuk membayar gaji pekerja lebih kurang RM500,000.

"Saya amat sedih dengan keadaan ini namun bersyukur kerana penderitaan mereka ini akan berakhir tidak lama lagi," katanya.
Kapal sepanjang 89.93 meter dan seberat 3,097 tan metrik berkenaan tidak dapat belayar balik ke Pelabuhan Klang selepas memunggah muatan petrol milik Petronas di sini kerana kehabisan bekalan minyak. Sejak itu pegawai serta anak kapal berkenaan terpaksa bergelap pada waktu malam.

Sepanjang tempoh berkenaan juga bekalan makanan anak-anak kapal yang tidak dibayar gaji lebih setahun itu cuma diperoleh daripada bantuan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Laut, pemimpin masyarakat setempat dan golongan peniaga yang bersimpati dengan mereka atas faktor kemanusiaan.

"Ketika ayah dan kakak saya meninggal dunia pun, saya tidak dapat balik kampung ziarahi mereka," kata Tin Zaw Aung, ketua pegawai kapal tangki itu.

"Selepas dimaklumkan keluarga mengenai kematian ayah dan kakak saya, saya cuma dapat menahan sedih. Saya nak balik tetapi saya tidak ada wang," kata Tin seorang warga Myanmar kepada pemberita ketika ditemui sempena kunjungan Abdul Rahim itu.

Bapa Tin meninggal dunia pada 28 Dis tahun lalu sementara kakaknya pula pada 29 April tahun ini.

Abdul Raffar Abdul Rahman,37, dari Butterworth, Pulau Pinang pula berkata tarikh perkahwinannya sudah ditunda dua kali kerana tidak dibayar gaji lebih setahun oleh majikannya.

Beliau sepatutnya berkahwin pada bulan Disember tahun lalu sebelum ditunda ke bulan Mac tahun ini namun semuanya tidak kesampaian kerana terpaksa tinggal di atas kapal.

"Saya tidak dapat tetapkan tarikh perkahwinan baru saya dalam keadaan tidak menentu ini. Saya berharap tunang saya dapat bersabar," kata Abdul Raffar yang menyambut Hari Raya Puasa tahun lepas di atas kapal berkenaan.

Lapan daripada anak kapal adalah rakyat Indonesia, empat Myanmar dan tiga lagi rakyat Malaysia. Dua rakyat Malaysia berkenaan ialah Faizul Ipek, 24, dari Kota Samarahan dan Mensan Gandai, 28, dari Serian.TAWAU, 1 Jun (Bernama) -- Lima belas krew kapal tangki Nepline Dangar yang terkandas di perairan Pelabuhan Tawau sejak 10 bulan lalu kerana kehabisan wang dan bekalan makanan kini boleh bernafas lega kerana masalah itu akan selesai tidak lama lagi.

Berita gembira berkenaan disampaikan kepada 15 krew kapal berkenaan yang berdaftar di Pelabuhan Klang oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri yang melawat kapal berkenaan di sini hari ini.
"Masalah (anak-anak kapal) ini sudah hampir sampai ke penghujungnya kerana kelmarin pihak bank yang menjadi pengganti kepada pemilik kapal ini telah mengambil keputusan untuk membayar gaji pekerja lebih kurang RM500,000.

"Saya amat sedih dengan keadaan ini namun bersyukur kerana penderitaan mereka ini akan berakhir tidak lama lagi," katanya.
Kapal sepanjang 89.93 meter dan seberat 3,097 tan metrik berkenaan tidak dapat belayar balik ke Pelabuhan Klang selepas memunggah muatan petrol milik Petronas di sini kerana kehabisan bekalan minyak. Sejak itu pegawai serta anak kapal berkenaan terpaksa bergelap pada waktu malam.

Sepanjang tempoh berkenaan juga bekalan makanan anak-anak kapal yang tidak dibayar gaji lebih setahun itu cuma diperoleh daripada bantuan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Laut, pemimpin masyarakat setempat dan golongan peniaga yang bersimpati dengan mereka atas faktor kemanusiaan.

"Ketika ayah dan kakak saya meninggal dunia pun, saya tidak dapat balik kampung ziarahi mereka," kata Tin Zaw Aung, ketua pegawai kapal tangki itu.

"Selepas dimaklumkan keluarga mengenai kematian ayah dan kakak saya, saya cuma dapat menahan sedih. Saya nak balik tetapi saya tidak ada wang," kata Tin seorang warga Myanmar kepada pemberita ketika ditemui sempena kunjungan Abdul Rahim itu.

Bapa Tin meninggal dunia pada 28 Dis tahun lalu sementara kakaknya pula pada 29 April tahun ini.

Abdul Raffar Abdul Rahman,37, dari Butterworth, Pulau Pinang pula berkata tarikh perkahwinannya sudah ditunda dua kali kerana tidak dibayar gaji lebih setahun oleh majikannya.

Beliau sepatutnya berkahwin pada bulan Disember tahun lalu sebelum ditunda ke bulan Mac tahun ini namun semuanya tidak kesampaian kerana terpaksa tinggal di atas kapal.

"Saya tidak dapat tetapkan tarikh perkahwinan baru saya dalam keadaan tidak menentu ini. Saya berharap tunang saya dapat bersabar," kata Abdul Raffar yang menyambut Hari Raya Puasa tahun lepas di atas kapal berkenaan.

Lapan daripada anak kapal adalah rakyat Indonesia, empat Myanmar dan tiga lagi rakyat Malaysia. Dua rakyat Malaysia berkenaan ialah Faizul Ipek, 24, dari Kota Samarahan dan Mensan Gandai, 28, dari Serian.

2 Kapal Tangki Berlanggar Berhampiran Pulau Tioman


KUANTAN – Dua buah kapal tangki dilaporkan berlanggar berhampiran Pulau Tioman di sini pagi semalam.
Kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu menyebabkan kapten salah sebuah kapal terbabit mengalami kecederaan ringan pada bahagian kepala.
Pengarah Operasi Wilayah Maritim Timur Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kapten Maritim Syd, Mohd. Fuzi Syed Hassan berkata, kapal yang terlibat dalam kemalangan itu adalah kapal tangki MT Cendanawati dan kapal tangki MT Cosmic 10.
“Semasa kejadian kapal tangki MT Cendanawati sedang membawa sebanyak 1,600 tan minyak pelincir dari Thailand ke Indonesia sebelum ketua pengawal kapal itu menyedari kehadiran kapal tangki MT Cosmic 10 di laluannya,” katanya hari ini.
Mohd. Fuzi berkata, kapten kapal tangki MT Cendanawati cuba menghubungi kapal tangki MT Cosmic 10 tetapi usaha itu gagal menyebabkan dia bertindak mengubah haluan kapalnya ke kiri.
Tetapi, kata beliau, dalam masa sama kapal tangki MT Cosmic 10 turut mengubah laluan menyebabkan berlaku pelanggaran antara kedua-dua buah kapal tersebut.
Menurutnya, seramai 19 anak kapal tangki MT Cendanawati diselamatkan kapal Lady Anyvisia yang berada kira-kira tiga batu nautika dari lokasi kejadian.

Berderau gak darah aku masa dengar berita ni ,headllines disampaikan dulu sebelum berita penuh ,iklan plak tu kat tv3,resah aku tunggu. Risau je kat mr kelasi aku. Bila berita penuh disampaikan baru lah aku lega.Tapi still risau jugak pasal mr kelasi aku dah dua minggu aku xdengar suara.
Tapi apa2pun aku harap tuhan sintiasa lindungi mr kelasi aku dan crew2 lain sepanjang pelayarannya dengan Tanjung Dahan