Saturday 10 September 2011

made by malaysians (promo) ...apabila youtube digunakan dengan sempurna dan berakal oleh seorang anak muda...



Tentunya ini bukan mengenai kelasi tetapi aku mengambil ruang  sedikit , Anak muda ini sebenarnya membuat aku tertarik menelaah semua videonya..mula asalnya aku cuma tengok video nya mengenai   typical local sceen, 


 tetapi selepas itu baru aku terview video nih..secara jujurnya dia ni patut diberi pujian. Dia menghargai kemerdekaan dengan cara nya sendiri dan dengan cara yang menyentuh hati..Dia mengajak ramai anak muda turut serta mengucapkan dan melahirkan ucapan kemerdekaan dengan penuh bertujuan juga...bukan hanya istilah kosong tetapi lebih berisi. dengan  mengambarkan dan mengambil kira sentimen kita rakyat malaysia.

Youtube dgunakan olehnya dengan penuh bertujuan. Tak ramai anak muda @ mereka  yang sebegini sebenarnya.kebanyanyakan lebih suka mengupload sampah kedalam youtube dan kemudian meninggalkan kesan kekotoran dimerata-rata. video lumba haram,aksi2 sumbang mambang..tetapi berbeza dengan anakmuda ini dia bersuara melalui youtube dan menzahirkan buah pikirannya melaui youtube juga. dengan penuh terhormat...dan dia juga sebenarnya x menyangka rupanya ramai yang menyertainya ...


rupanya malaysia

PUISI CINTA KELASI













PUISI CINTA KELASI
semalam ada angin yang berhembus
aku masih memandang luar jendela kamarku
dipadang rumput yang menghijau
kelihatannya seperti melambai
itu ingatkan aku kepada seseorang

hujan rintik malam rabu
membawa aku kepada kenangan
kami berpisah di depan pelabuhan
bersama titis air mata,
apabila sauh dinaik

bila lagi kita akan bertemu?
ini kisah kita

cinta kita sentiasa di hati
walaupun jasad kita berjauhan

APRIL  2009 .  19.00

SALAM SAYANG ISTERI KELASI ....

Selamat hari raya diriku. Selamat hari raya malaysia .. Selamat hari raya semua kelasi dan isteri

Selamat hari raya.Ini sepatutnya raya pertamaku dengan insan yang bergelar suami tapi apakan daya suami ku entah dilautan mana.PERTAMA kalinya disini biarlah aku mengenang kembali bagaimana aku menjadi isteri seorang kelasi –

1 July 2011  Ahkirnya setelah 6 tahun menanti kami diijabkabulkan.Majlis yang meriah hampir seperti yang  tidak pernah kami duga. Allhamdullilah semuanya , segalanya selamat dan aku bergelar isteri kepada nya, en kelasi..
Aku menghadapi segalanya ,dengan hati yang terbuka..kertebukaan itu hasil dari 6 tahun kami bersama,6 tahun yang kunanti ,ada suka derita dan ketidakpastian disini,didalam kisah kami. kami hampir2 berpisah selepas dia rasa dia tidak boleh menunaikan tanggungjawab. Aku hampir menanggis ..hampir atau pun telah menanggis.

Dan dia juga menangis…Tangisan lelakinya menyedarkan ,betapa dia sebenarnya takut untuk melangkah mengambil dan memikul sebuah tanggungjawab.  Dan kerana tangisan itu aku pula jadi kuat menghadapi segalanya. Bersama dia bukan lah semudah yang disangka..Pertama-tama alasannya dia takut aku tak kuat menerima ketiadaanya. Dan keduanya dia takut kerna kejauhan dia akan kehilangan ku.

Sememangnya, ramai orang yang tidak mengerti dan memahami kenapa dan mengapa  dan bagaimana hubungan kami berlangsung sama ada ketika kami sebagai pasangan kekasih  maupun  setelah aku menjadi isterinya yang sah..kebanyakannya  bertanya bagaimana isteri seorang kelasi menghadapi semuanya  S.E.N.D.I.R.I.

Malah ketika  mengajar disebuah intitusi pengajian pun seseorang  telah menasihatkan aku melupakan sahaja kekasih hati ku (ketika itu suami ku  terkandas di perairan tawau  selama setahun) . Luluh hati tuhan sahaja yang tahu. Tetapi tidak boleh menyalahkan mereka 100% kerana mereka tidak akan pernah paham bagaimana semuanya bertahan. Tak kurang juga yang mengesyorkan supaya aku mencari teman yang sentiasa didarat dan tak kurang juga yang meminta aku memujuk kekasih hatiku itu menukar perkerjaannya..dan yang lebih menyakitkan hati mereka yang mengapi-apikan hati dengan mengatakan kelasi kapal memang kaki perempuan.

Bagaimana mungkin dapat aku melakukan semua itu ? tidak sekali-kali. Seorang kelasi sebenarnya telah sebati dengan laut. Laut dunia mereka.Laut bukan sekadar perkerjaan,Laut adalah cara hidup mereka dan tanggungjawab mereka adalah didarat.Aku menerimanya ,aku mengenalinya dia susah seorang kelasi. Aku tiada masalah dengan semua itu. Dia sudah bersama laut hampir 20 tahun tidakmungkin lah aku dapat mengubah cara hidupnya,kesukaannya hanya semata2 kerana nasihat orang yang tidak mengalaminya. Tentang kecurangan …bentengnya adalah percaya.percaya lah yang telahmengikat kami ..walaupun didalam hati kadang terbekas cemburu yang tidak bermata tetapi percayalah yang menguatkan kasih antara kami selain doa  supaya segalanya selamat..

Aku menyelami segalanya dan mereka yang melaluinya sahaja yang tahu bagaimana semuanya berlangsung.  Aku muak dengan semua kata2 mereka yang tidak melaluinya.

Dikesempatan ini aku mengucapkan  selamat hari raya buat semua isteri kelasi dan semoga semua kelasi2 dilindungiNYA.