Monday 12 September 2011

2 Kapal Tangki Berlanggar Berhampiran Pulau Tioman


KUANTAN – Dua buah kapal tangki dilaporkan berlanggar berhampiran Pulau Tioman di sini pagi semalam.
Kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu menyebabkan kapten salah sebuah kapal terbabit mengalami kecederaan ringan pada bahagian kepala.
Pengarah Operasi Wilayah Maritim Timur Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kapten Maritim Syd, Mohd. Fuzi Syed Hassan berkata, kapal yang terlibat dalam kemalangan itu adalah kapal tangki MT Cendanawati dan kapal tangki MT Cosmic 10.
“Semasa kejadian kapal tangki MT Cendanawati sedang membawa sebanyak 1,600 tan minyak pelincir dari Thailand ke Indonesia sebelum ketua pengawal kapal itu menyedari kehadiran kapal tangki MT Cosmic 10 di laluannya,” katanya hari ini.
Mohd. Fuzi berkata, kapten kapal tangki MT Cendanawati cuba menghubungi kapal tangki MT Cosmic 10 tetapi usaha itu gagal menyebabkan dia bertindak mengubah haluan kapalnya ke kiri.
Tetapi, kata beliau, dalam masa sama kapal tangki MT Cosmic 10 turut mengubah laluan menyebabkan berlaku pelanggaran antara kedua-dua buah kapal tersebut.
Menurutnya, seramai 19 anak kapal tangki MT Cendanawati diselamatkan kapal Lady Anyvisia yang berada kira-kira tiga batu nautika dari lokasi kejadian.

Berderau gak darah aku masa dengar berita ni ,headllines disampaikan dulu sebelum berita penuh ,iklan plak tu kat tv3,resah aku tunggu. Risau je kat mr kelasi aku. Bila berita penuh disampaikan baru lah aku lega.Tapi still risau jugak pasal mr kelasi aku dah dua minggu aku xdengar suara.
Tapi apa2pun aku harap tuhan sintiasa lindungi mr kelasi aku dan crew2 lain sepanjang pelayarannya dengan Tanjung Dahan

No comments:

Post a Comment